7 Perkara Yang Membuat Lelaki Jatuh Cinta Terhadap Wanita Hanya Dalam Masa 10 Saat
1 SENYUMAN
Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung saya berdegup-degup! Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Malah, ada lelaki pernah jatuh cinta terhadap seseorang selepas melihatnya tersenyum. Hebat tu kuasa senyuman seorang wanita
2 PARAS RUPA CANTIK
Ada lelaki sering terjebak dalam ‘love at first sight’ disebabkan paras rupa wanita yang cantik. Tidak semestinya si dia perlu memiliki darah campuran untuk kelihatan menawan. Solekan tipis yang natural dan kulit wajah yang bersih juga memadai untuk dikategorikan sebagai cantik. Tetapi, jika wanita itu memang cantik secara semulajadi walaupun tanpa solekan, ia adalah bonus ekstra! Namun, tidak semua wanita jelita memiliki personaliti yang menarik. Ada sesetengah daripada mereka hanyalah bimbo! Jadi, biarlah cantik rupa dan sikap juga bijak.
3 MATA MENAWAN
Dari mata, turun ke hati. I believe that aphorism! Mata wanita yang cantik memang sukar untuk dicari. Ini kerana kebanyakan wanita sekarang suka memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik. Pendek kata, solekan hanya mengaburi mata yang memandangnya daripada melihat kecantikan asli perempuan. Tetapi, sesekali terpandang si dia yang memiliki bulu mata lebat dan warna anak mata yang begitu indah sekali, pasti tidak keruan saya dibuatnya! Yang nyata, si dia tidak bersolek pun.
4 HORMAT ORANG TUA
Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat.
5 POTONGAN BADAN MENARIK
Bukan demanding tetapi wanita yang bertubuh cantik bukan sahaja kelihatan menarik tetapi ini juga menandakan mereka pandai menguruskan diri. Mana tidaknya, sana sini restoran makanan segera boleh ditemui. Bimbang nanti wanita yang didampingi turut ‘terjebak’ menjadi mangsa makanan berlemak itu. Sungguh tidak menyihatkan!
6 BERKACA MATA
Setengah lelaki pantang melihat wanita berkaca mata, pasti mata ingin terus melihatnya. Apatah lagi jika wanita itu mengenakan solekan mata yang natural dan bijak bergaya. Haha! Wanita yang berkaca mata membuatkan mata lebih cantik dan secara tidak langsung, menjadikan penampilan mereka lebih seksi. Selain itu, kaca mata juga membuatkan mereka kelihatan smart! Tetapi bukanlah seperti nerdy, asalkan si dia bijak bergaya selain pandai mendandan.
7 PENAMPILAN MENARIK
Selain fizikal, penampilan wanita antara perkara yang boleh membuatkan saya mudah jatuh cinta. Melihatkan gaya mereka berpakaian, cara bertutur juga pembawakan diri mereka di kalangan orang ramai adalah antara aspek yang dilihat dahulu. Malah, ada lelaki suka melihat wanita yang berpakaian ringkas seperti celana denim dipadankan dengan kemeja atau kemaja T. Biarpun ringkas, namun gaya itu membuatkan mereka kelihatan sophisticated.
0 Response to "7 Perkara Yang Membuat Lelaki Jatuh Cinta Terhadap Wanita Hanya Dalam Masa 10 Saat"
Post a Comment